Teriakan Balintawak
Teriakan Balintawak

Teriakan Balintawak

Teriakan Balintawak (Bahasa Filipino:Sigaw ng Balintawak, Bahasa Sepanyol: Grito de Balíntawak), merupakan kejadian yang membawa kepada tercetusnya suatu revolusi dilangsungkan para revolusioner Filipina menentang Empayar Sepanyol. Kejadian ini secara khususnya berlaku pada akhir bulan Ogos 1896 di mana sekumpulan ahli rahsia Katipunan diketuai oleh Andrés Bonifacio berhimpun di suatu daerah bernama Caloocan[1] (merangkumi kawasan-kawasan Kota Caloocan dan Kota Quezon kini[2]) mengoyak-ngoyak sijil pengenalan (cédulas personales) yang menandakan kesetiaan mereka ke atas pihak Sepanyol serta meneriak mengisytiharkan perang.[3]Peristiwa ini diabadikan serta diperingati sebagai suatu cuti umum di Filipina bernama Hari Pahlawan Kebangsaan (National Heroes' Day).